Apa yang dimaksudkan dengan Telekomunikasi ?
Sunday, October 20, 2013
TELEKOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN
Telekomunikasi telah
memberikan kesannya kepada bidang pendidikan khususnya kepada masyarakat di
luar bandar agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia telekomunikasi.
Sehubungan itu, peluang pendidikan juga diberikan kepada semua golongan
masyarakat untuk menikmati faedah ilmu pengetahuan melalui wadah
telekomunikasi. Pelajar dan tenaga pengajar boleh berhubung dalam satu-satu
masa dalam jarak tertentu tanpa berjumpa secara fizikal untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Telekomunikasi juga telah mempercepatkan
liputan akademik dan penyampaian
maklumat dalam kadar yang segera.
Pada zaman dahulu, radio dan
televisyen telah digunakan sebagai medium penyampaian maklumat khususnya
tentang pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar, kini dengan adanya
teknologi telekomunikasi semua hanya di hujung jari kita. Penggabungan
telekomunikasi dengan elemen interaktif dan multimedia membawa kepada satu
pembaharuan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang dihadkan oleh aspek masa
dan ruang. Justeru itu, kemajuan telekomunikasi menjurus kepada proses
pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan dimana sahaja yang memudahkan
pelajar dan tenaga pengajar. Melalui pembelajaran berteknologi ini, kombinasi
antara penyiaran, wayar, transmisi satelit, radio dan televisyen serta komputer
telah membolehkan pelajar, tenaga pengajar mahupun sesiapa sahaja boleh
berkomunikasi dan memberikan respon secara terus-menerus dan menyumbang kepada
komunikasi dua hala.
Telekomunikasi telah meluaskan
sayapnya ke luar bandar yang tidak terhad kepada proses komunikasi sahaja malah
memberikan nafas baru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan terus kepada
masyarakat di luar bandar. Setiap manusia di dunia berhak mendapatkan ilmu
pendidikan kerana ia merupakan hak setiap insan bagi meningkatkan taraf
hidupnya. Fenomena tersebut telah banyak membantu masyarakat luar untuk
mengenali dunia luar dan membantu meningkat taraf hidup mereka sekaligus
menjadi mereka masyarakat berilmu yang berguna kepada pembangunan negara bagi
mencapai status negara maju.
Berikut adalah beberapa contoh dan sumbangan dan kesan telekomunikasi sehala dan dua hala dalam
bidang pendidikan yang membawa kepada perubahan besar dalam kalangan masyarakat
luar bandar di serata dunia.
AKTIVITI TELEKOMUNIKASI SEHALA DALAM PENDIDIKAN
1. Penyiaran radio
All India Radio telah menyiarkan slot pendidikan cara bertani kepada petani dan latihan untuk
guru di India.
2. Penyiaran melalui satelit televisyen
Di
Amerika Selatan, Brazil, dan Zimbabwe dengan bantuan satelit baru mereka untuk
melaksanakan transmisi maklumat pendidikan kepada 3000 laman sesawang pengajian
tinggi.
AKTIVITI TELEKOMUNIKASI DUA HALA DALAM PENDIDIKAN
1. Telesidang audio melalui panggilan bersidang membolehkan perbincangan, kuliah, dan seminar dilakukan secara dua hala
yang melibatkan respon serta-merta.
2. E-mail, bersidang melalui komputer, pemindahan fail dilakukan dengan cepat tanpa adanya kekangan masa dan
ruang dengan bantu telekomunikasi.
3. Merujuk
pakar daripada luar negara melalui panggilan video atau persidangan video bersama pensyarah dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
CONTOH KESAN TELEKOMUNIKASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
1. Interactive radio instruction atau radio
interaktif berarahan yang dijalankan lebih 25 tahun dahulu oleh Profesor
Patrick Suppes dan pasukannya di Amerika Syarikat untuk menerapkan kurikulum Mathematik
di Nicaragua pada 1970. Usaha tersebut turut dilaksanakan di Afrika, Asia, dan
Amerika Latin yang membuahkan hasil yang baik berbanding proses pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional dengan menggunakan buku teks. Menurut Friend, Searle, dan Suppes (1970), dalam kajian mereka telah
mendapati bahawa sebanyak 37% pendengar di kawasan pedalaman mengikut program
matematik yang ke udara pada masa itu dan disyorkan untuk diluaskan penyiaran
ke kawasan.
2. Di Malaysia,
telekomunikasi juga memainkan peranannya dalam sistem pendidikan negara melalui
pelaksanaan sekolah bestari. Sekolah bestari yang dilengkapi dengan komputer dan
rangkaian internet telah memudahkan proses perhubungan, pengajaran, dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif.
video di bawah ini memaparkan tentang penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
1. Penyiaran radio
CONTOH KESAN TELEKOMUNIKASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
video di bawah ini memaparkan tentang penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
TELEKOMUNIKASI DAN PERNIAGAAN
Pada era yang seiring dengan kemajuan teknologi ini, peluang perniagaan
untuk bertapak ke peringkat global dengan telekomunikasi adalah lebih
signifikan khususnya kepada masyarakat luar bandar.
Telekomunikasi yang sedia ada pada masa kini menjadi satu platform kepada
para peniaga dari dalam mahupun luar negara untuk menjalankan perniagaan
menggunakan jaringan telekomunikasi yang berteknologi tinggi supaya skop
perniagaan tidak terbatas dalam ruang lingkup geografi sahaja malah lebih
praktikal berbanding perniagaan yang dijalankan secara tradisional.
Telekomunikasi penting bagi bidang perniagaan, misalnya untuk menjalankan
transaksi dan urusan perniagaan dengan pelanggan dapat dijalankan dengan
efektif tanpa perlu ke premis dan pembayaran secara tunai serta makan masa.
Sehubungan dengan itu, telekomunikasi menjadi medium kepada kerja berpasukan
yang membolehkan pekerja untuk berhubung walau dimana sahaja mereka berada
untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pekerja tanpa perlu ke pejabat
ataupun tempat kerja.
Di Malaysia, usaha kerajaan dengan pelaksanaan rangkaian jalur lebar dan
kampung tanpa wayar membolehkan masyarakat luar bandar boleh berkecimpung dalam
bidang perniagaan dengan bantuan telekomunikasi untuk menjana pendapatan.
Rentetan itu, kesan signifikan telekomunikasi kepada bidang perniagaan adalah
amat besar. Masyarakat luar bandar yang menjalankan perniagaan secara
kecil-kecilan boleh memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing ke
peringkat global dengan sokong dan pengiktirafan kerajaan kita.
Selain itu, senario ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pendapatan
negara melalui transaksi dan aliran mata wang asing ke dalam negara. Di samping
itu, telekomunikasi turut membantu perniagaan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan
import dan eksport barangan dan perkhidmatan dari dalam mahupun luar negara.
Justeru itu, telekomunikasi turut membantu sesebuah perniagaan mendapatkan
jalinan daripada seluruh pelosok dunia yang mampu menjana pendapatan berlipat
ganda, meningkatkan produktiviti dan memberikan kepuasan kepada semua pihak
daripada peniaga, pekerja, pelanggan, dan masyarakat umum.
Contoh perniagaan yang dilakukan melalui telekomunikasi ialah Small Office/Home office (SOHO),
pelaksanaan konsep pejabat di rumah ini membantu kaum wanita untuk menjana
pendapatan dari rumah yang dilaksanakan dibawah kementerian wanita, keluarga, dan masyarakat di Malaysia.
Contoh kedua ialah produk keluaran perniagaan MUDIM, Kampung Jelutong,
Kedah telah berjaya memasarkan produknya ke London, United Kingdom, dan Arab
Saudi dengan menggunakan telekomunikasi dengan rangkaian internet untuk
menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara.
Video di bawah ini memaparkan tentang pelaksanaan rangkaian jalur lebar yang dapat melancarkan proses telekomunikasi dan menyumbang kepada perniagaan yang dijalankan di luar bandar.
TELEKOMUNIKASI DAN MASYARAKAT
Telekomunikasi menyumbangkan faedahnya kepada pelbagai bidang, tidak
terlupa kepada masyarakat khususnya masyarakat di luar bandar. Elemen perhubungan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masyarakat
luar bandar.
Dahulunya perhubungan dengan masyarakat adalah sukar kerana
wujudnya kekangan geografi, kini dengan bantuan telekomunikasi seperti di
Malaysia pelaksanaan rangkaian jalur lebar dan kampung tanpa wayar dibawah Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia telah meningkatkan penggunaan telekomunikasi dalam
kalangan masyarakat luar bandar.
Retentan itu, masyarakat luar bandar boleh
berhubung tanpa sebarang kekangan masa dan ruang dengan sesiapa sahaja. Hal ini
juga secara tidak langsung meningkatkan penggunaan gajet, laman sosial, dan
rangkaian internet secara optimum untuk berhubung.
Proses pemindahan, pertukaran, penyampaian maklumat sama ada daripada
masyarkat luar bandar ke tempat lain atau keadaan yang sebaliknya menjadi lebih
cepat dan efektif dengan adanya medium hubungan yang berteknologi iaitu wadah
telekomunikasi. Senario ini dapat dibuktikan dengan penyampaian maklumat dan
polisi kerajaan kepada masyarakat luar bandar oleh kerajaan sesebuah negara.
Telekomunikasi juga membantu melahirkan masyarakat yang celik ICT yang peka
terhadap perkembangan teknologi pada
masa kini, hal ini juga membantu mengurangkan jurang digital di antara penduduk
bandar dan luar bandar.
Selain itu, kesan daripada telekomunikasi kepada masyarakat luar bandar
adalah membantu meningkatkan pertumbuhan aktiviti ekonomi domestik dan global
seperti urusan jual dan beli barangan dan perkhidmatan yang mampu menjana
pendapatan berlipat ganda dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Secara tidak langsung juga telekomunikasi telah mewujudkan peluang pekerjaan, yang membolehkan masyarakat luar bandar menjalankan proses perniagaan yang
diingini dengan wadah telekomunikasi.
Di samping itu, telekomunikasi juga menyumbang kepada aspek kesihatan
masyarakat luar bandar untuk mendapatkan bantuan rawatan ketika kecemasan atau
merujuk pakar perubatan dari luar negara. Contohnya di negara India, Syarikat Telecom
Regulatory Authority telah mendapati bahawa kebanyakan kawasan di India
tidak memiliki teknologi telekomunikasi untuk berhubung.
Oleh kerana itu,
syarikat tersebut mempromosikan perhubungan telefon dengan kos yang rendah,
usaha tersebut mendapat respon yang mengalakkan daripada masyarakat setempat.
Keputusan positif daripada pelaksanaan telefon kos rendah itu dapat mengurang
jurang digital antara bandar dengan luar bandar sebanyak 1.7%. Hal ini juga
membuktikan bahawa telekomunikasi turut menyumbang kepada pembangunan sesebuah
negara ke tahap yang lebih baik. ( Giri Rao dan Pattnaik, 2006)
Video ini memaparkan perubahan alat telekomunikasi yang memberikan kesan positif kepada perhubungan masyarakat di luar bandar.
TELECENTER
Telecenter atau dikenali sebagai telecottage
berperanan sebagai pusat komputer atau kafe siber yang ditubuhkan bertujuan
untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat luar bandar tentang dunia ICT dan
capaian maklumat. Ia juga menjadi alat pembangunan kepada negara untuk
mengurangkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, agar masyarakat luar
bandar tidak ketinggalan dari aspek ICT.
Telecenter juga berperanan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kemahiran
ICT kepada golongan miskin, wanita, kanak-kanak, OKU, warga emas, bumiputera
yang menetap di luar bandar.
Menurut Jalaluddin Abdul Malek, Norizan Abdul Razak, dan Jamaluddin Aziz, (2010)
menyatakan bahawa telecenter kini berkembang maju di peringkat tempatan,
serantau, dan global ekoran sumbangan dan kepentingan telecenter yang
menunjukkan respon yang mengalakkan. Selain itu, telecenter membantu melahirkan
golongan tekno usahawan di desa-desa di Malaysia untuk menjana pendapatan
melalui ICT.
Nama telecenter berbeza mengikut setiap kawasan geografi di serata dunia,
antaranya ialah Telecottage di Sweden, Cyberdhabas di India, Cybercefes di Amerika
Latin, Vishva Gnana Kendra di Sri Lanka dan Warung Net@WarNEt di Indonesia.
Di Malaysia pula, Telecenter dikenali sebagai Pusat Internet Desa (PID),
Medan Indo Desa (MID), Kedai.com, UnivServProvder Communication Center (UnivCompterCtr),
Rural Broadband Library, Universal Service Provision (USP) dan Bestari.com di
Terengganu.
Contoh Telecenter yang dirujuk adalah Medan Info Desa (MID)
MID mula dilaksanakan pada tahun 2001 dan dibahagikan
kepada 2 kategori iaitu MID Mukim dan MID Daerah. MID Mukim dilengkapi dengan
10 buah komputer manakala MID Daerah dilengkapi dengan 20 buah komputer dan
sebuah bilik mesyuarat. Berikut
adalah contoh Telecenter iaitu Medan Info Desa Kok Klang, Chuping, Perlis dan
perkhidmatan yang disediakan.
1.Latihan asas dan kemahiran ICT
2.Perkhidmatan komputer dan internet
3.Percetakan komputer
4. Perkhidmatan laman web
5. Bengkel baik pulih dan peningkatan komputer
6. Membantu menyediakan maklumat kampung seluruh negara.
Berikut adalah
kursus dan latihan yang ditawarkan di MID Kok Klang :-
1. Kursus LKD/LKK (peruntukan kementerian)
2. Kursus LKD percuma
3. Kursus komputer berbayar (Microsoft office)
4. Kursus adobe photoshop (berbayar)
5. Kursus pembinaan laman web (berbayar)
6. Kursus penyuntingan video (berbayar)
1. Kursus LKD/LKK (peruntukan kementerian)
2. Kursus LKD percuma
3. Kursus komputer berbayar (Microsoft office)
4. Kursus adobe photoshop (berbayar)
5. Kursus pembinaan laman web (berbayar)
6. Kursus penyuntingan video (berbayar)
Video dibawah adalah contoh aktiviti di MID Kok Klang, Chuping Perlis yang dijalankan oleh saya dan rakan-rakan yang lain untuk mengajar kanak-kanak disitu tentang penggunaan Microsoft Words dengan baik.
Saturday, October 19, 2013
SEJARAH GENERASI KOMPUTER
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
VIDEO TENTANG KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN
Video di bawah ini memaparkan tentang kepentingan bidang pendidikan yang melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui medium telekomunikasi.
RUJUKAN
Friend, J., Searle,
B., dan Suppes, P. (1980). Radio Mathematic in Nicaragua. Institute for Mathematical Studies, 137.
Jalaluddin Abdul Malek, Norizan Abdul Razak, and Jamaluddin
Aziz. (2010).
Telecenter serumpun Malaysia-Indonesia:
Mencari metod pembangunan telecenter pelbagai fungsi ( MCT). Malaysian Journal of Society
and Space 6 (4), 56-75.
Giri Rao, J.S. dan Pattnaik, S.N. (2006). Technology for rural
development: Role of telecommunication Media of India. India Media Studies Journal , 1.
Susskind, R. The Effects of Telecommunications on Business. Fordham
International Law Journal , 21.
Subscribe to:
Posts (Atom)