Telekomunikasi telah
memberikan kesannya kepada bidang pendidikan khususnya kepada masyarakat di
luar bandar agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia telekomunikasi.
Sehubungan itu, peluang pendidikan juga diberikan kepada semua golongan
masyarakat untuk menikmati faedah ilmu pengetahuan melalui wadah
telekomunikasi. Pelajar dan tenaga pengajar boleh berhubung dalam satu-satu
masa dalam jarak tertentu tanpa berjumpa secara fizikal untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Telekomunikasi juga telah mempercepatkan
liputan akademik dan penyampaian
maklumat dalam kadar yang segera.
Pada zaman dahulu, radio dan
televisyen telah digunakan sebagai medium penyampaian maklumat khususnya
tentang pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar, kini dengan adanya
teknologi telekomunikasi semua hanya di hujung jari kita. Penggabungan
telekomunikasi dengan elemen interaktif dan multimedia membawa kepada satu
pembaharuan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang dihadkan oleh aspek masa
dan ruang. Justeru itu, kemajuan telekomunikasi menjurus kepada proses
pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan dimana sahaja yang memudahkan
pelajar dan tenaga pengajar. Melalui pembelajaran berteknologi ini, kombinasi
antara penyiaran, wayar, transmisi satelit, radio dan televisyen serta komputer
telah membolehkan pelajar, tenaga pengajar mahupun sesiapa sahaja boleh
berkomunikasi dan memberikan respon secara terus-menerus dan menyumbang kepada
komunikasi dua hala.
Telekomunikasi telah meluaskan
sayapnya ke luar bandar yang tidak terhad kepada proses komunikasi sahaja malah
memberikan nafas baru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan terus kepada
masyarakat di luar bandar. Setiap manusia di dunia berhak mendapatkan ilmu
pendidikan kerana ia merupakan hak setiap insan bagi meningkatkan taraf
hidupnya. Fenomena tersebut telah banyak membantu masyarakat luar untuk
mengenali dunia luar dan membantu meningkat taraf hidup mereka sekaligus
menjadi mereka masyarakat berilmu yang berguna kepada pembangunan negara bagi
mencapai status negara maju.
Berikut adalah beberapa contoh dan sumbangan dan kesan telekomunikasi sehala dan dua hala dalam
bidang pendidikan yang membawa kepada perubahan besar dalam kalangan masyarakat
luar bandar di serata dunia.
AKTIVITI TELEKOMUNIKASI SEHALA DALAM PENDIDIKAN
1. Penyiaran radio
All India Radio telah menyiarkan slot pendidikan cara bertani kepada petani dan latihan untuk
guru di India.
2. Penyiaran melalui satelit televisyen
Di
Amerika Selatan, Brazil, dan Zimbabwe dengan bantuan satelit baru mereka untuk
melaksanakan transmisi maklumat pendidikan kepada 3000 laman sesawang pengajian
tinggi.
AKTIVITI TELEKOMUNIKASI DUA HALA DALAM PENDIDIKAN
1. Telesidang audio melalui panggilan bersidang membolehkan perbincangan, kuliah, dan seminar dilakukan secara dua hala
yang melibatkan respon serta-merta.
2. E-mail, bersidang melalui komputer, pemindahan fail dilakukan dengan cepat tanpa adanya kekangan masa dan
ruang dengan bantu telekomunikasi.
3. Merujuk
pakar daripada luar negara melalui panggilan video atau persidangan video bersama pensyarah dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
CONTOH KESAN TELEKOMUNIKASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
1. Interactive radio instruction atau radio
interaktif berarahan yang dijalankan lebih 25 tahun dahulu oleh Profesor
Patrick Suppes dan pasukannya di Amerika Syarikat untuk menerapkan kurikulum Mathematik
di Nicaragua pada 1970. Usaha tersebut turut dilaksanakan di Afrika, Asia, dan
Amerika Latin yang membuahkan hasil yang baik berbanding proses pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional dengan menggunakan buku teks. Menurut Friend, Searle, dan Suppes (1970), dalam kajian mereka telah
mendapati bahawa sebanyak 37% pendengar di kawasan pedalaman mengikut program
matematik yang ke udara pada masa itu dan disyorkan untuk diluaskan penyiaran
ke kawasan.
2. Di Malaysia,
telekomunikasi juga memainkan peranannya dalam sistem pendidikan negara melalui
pelaksanaan sekolah bestari. Sekolah bestari yang dilengkapi dengan komputer dan
rangkaian internet telah memudahkan proses perhubungan, pengajaran, dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif.
video di bawah ini memaparkan tentang penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
1. Penyiaran radio
CONTOH KESAN TELEKOMUNIKASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
video di bawah ini memaparkan tentang penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
No comments:
Post a Comment